Friday, November 27, 2009

saLam aidiladha..


seLamat hAri raye kOrban wat kwn2!!

jgn mkn daging byk2 raye ni, kang xpsal2 kena darah tinggi..

hehehehe~

Tuesday, November 24, 2009

kAu pErgi~

mase kecik2 dlu stiap ptg kami main same2.. mepek same2.. ade je cite yg kua.. cite antu dekat2 umah la.. gosip jiran tetangga la.. main pulak mcm2 main.. kdg2 ayu semacam main batu seremban.. ade gak main rounders.. tp aku xjoin sbb xreti main.. ala.. aku kn lg kecik dr dia n akak2 aku.. kelakar je bile ingat2 blk.. hehehe~

bila dh besar, setahun sekali je kami brjumpe.. waktu hari raye pertama.. kitorg sgt menantikn kedatangannya.. bukan setakat aku n kakak2, mak ayah pon bertanya.. stiap tahun xterlepas peluang utk dia dtg.. cuma.. dua tahun lepas ni dia xdtg brkunjung.. kami fikir mungkin dia sibuk.. biasalah sekarang lebih byk komitmen berbanding dahulu..

tp.. berita mengejutkan yg kami terima pada pagi 23 november.. Ya Allah.. betul ke berita yg kami dgr ni.. ye la.. tiba2 je kami dpt berita tentang kematian dirinya.. kami rasakan mungkin kemalangan yang menimpa dirinya hanya kemalangan kecil.. tapi sebenarnya tak... gerimis turun tatkala kereta jenazah menghampiri rumahnya.. kami kaget dan terus melangkah ke rumahnya.. Ya Allah.. dari cerita yg kami dengar, pengakhiran hayat nya sungguh tragis.. hampir menitis air mata bila mendengarnya.. sungguh kami tidak menyangka, rakan sepermainan kami, jiran kami yang paling rapat, sahabat yang tak putus2 memberi semangat dan berbangga dengan kejayaan kami kini sudah tiada...

masih terbayang wajahnya yang menitipkan pesanan buat diriku..
"jaja, belajar elok-elok tau..."

sedekahkan al-Fatihah buat allahyarhamah..

Sunday, November 15, 2009

aku yg keseOrangan.......

mula2
aku ksOrgn.. tiada tmpt utk dtuju.. blk ksong itu tmpt aku brtduh.. tp aku dpndg srba tak kena.. bkn niat aku utk brada di situ.. tp hnya di situ tmpt yg mnrima aku.. tiada siapa pduli.. ujan trun x brhenti.. trmenung mengenang nasib..


kemudian
ksOrgn lg.. kembali ke tmpat yg sama.. atas sebab yg sama.. ujan makin lbat.. sprti ujan di dlm hati...


harapkan selepas ini tidak lagi muncul~

Thursday, November 5, 2009

LuaHan hAti~

ini luahan hati, bkn utk mengeji ataupun menjaja crita..

aku tak tau dimana salahnya.. hubungan yang tak serapat mana kini jadi makin longgar.. bkn aku cuba mncari kesalahan.. mungkin aku yang sensitif.. atau kau yang tak sensitif dengan keadaan.. percakapan kau lembut.. tapi mungkin kau tak berfikir bila melontarkan kata.. hingga hati kecilku terguris.. sekali kau lakukan, tak mengapa.. ya, tak ada manusia yang tak tersalah bicara.. aku juga begitu.. dan aku berikan kau peluang untuk membaiki diri.. tapi bila berkali-kali perkara yang sama berulang, aku jadi tak tenang.. aku tak mahu menimbulkan pergaduhan.. lantas aku mendiamkan diri.. kebisuan aku membuat kau tertanya-tanya.. aku ingatkan kau sudah sedar akan kekhilafan.. tapi tak.. kau mula mempersoalkan apa yang membuatkan aku berubah.. aku mula membuka kisah lalu.. kisah yang kubuka tidak menyentuh perihal sesiapa melainkan diriku.. aku tak mahu menjadi talam dua muka.. aku tak mahu menjadi batu api hingga menyebabkan kawan-kawan kau melarikan diri.. tapi longgokan ego yang aku terima dari jawapan kau.. ya, aku tahu tak ada manusia yang sedia menerima teguran.. tapi jangan lah cuba mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan diri.. imbau lah kembali apa yang sudah berlaku.. bagaimana kau menjaja cerita perihal diri aku.. apa kata-kata yang keluar dari mulut kau yang sinis dan pedih.. mungkin kau dah lupa.. tapi kenapa bila aku ingatkan kau masih menolakkan kesalahan ke bahu orang lain?

orang akan berkata aku tidak matang berbanding kau jika dilihat pada umur.. bukan mahu membangga diri, cuma aku rasa aku berfikiran lebih matang dari kau.. aku hormat kau sebagai yang lebih berusia.. aku fikirkan keselesaan kau.. walaupun ada kalanya aku merungsingkan kau.. tapi cubalah untuk menghormati aku.. aku hanya manusia biasa yang mempunyai emosi sama seperti kau.. aku tidak kisah jika kawan-kawan kau mahu berkongsi cerita, datang bertandang.. aku tumpang keceriaan itu.. tapi aku sudah katakannya sejak awal lagi.. jangan ganggu aku pada waktu sebegini.. aku rasa sudah lama aku beri masa untuk kau mengganggu aku.. berilah aku peluang buat sebulan ini untuk aku merealisasikan harapan ibu dan ayah aku.. tak kan kau nak menjadi penyebab kegagalan orang lain?

mungkin melarikan diri dari memandang wajah kau lebih baik dari aku terus menanggung tekanan..