tahun 2011, umur jadi 21 tahun..
angka yang matang.. untuk jadi seorang yang matang..
5 azam yang nak dicapai untuk tahun ni:
1) menggembirakan mak ayah dengan tidak membuat/terbuat perkara2 yang membimbangkan hati dan perasaan mereka. cth: mengelakkan eksiden dan perkara2 yang membahayakan.. ngehehe..
2) hidup dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan bersama ayah, mak, wawa, nana n b tersayang.. cth: kurang merajuk, sentap, merampus, degil, bermasam muka, rajin tolong mak masak, kemas rumah, tak wat sepah.. ngahahaha.. sengal..
3) menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.. cth: lebih rajin belajar, tak tinggal/melambatkan solat, tak bazirkan masa dengan berfacebook je, rajin recite al-Quran.. amin.. :)
4) menghabiskan semester akhir dengan gembira dan berjaya bergraduasi dengan cemerlang.. mudah-mudahan diberi kejayaan.. kejayaan yang mampu menggembirakan mak dan ayah.. permudahkanlah urusanku ya Allah.. insyaAllah, i'll find my way.. usaha, doa dan tawakal.. :)
5) kurangkan konflik, pergaduhan, permusuhan dengan sesiapa sahaja di muka bumi ni.. akan kurang berkomunikasi dengan mereka-mereka yang tidak penting atau dirasakan akan memporak perandakan hidup yang gembira.. tolong jangan cari pasal dengan saya.. i'm warning you!