Thursday, May 28, 2015

Life at Lancaster Part 1: Masih Survive!

Assalamualaikum and Hi!

Hahahaha.. gelak sikit sebab tak sangka ada orang baca post i kat blog ni especially pasal RLKA.. dah ada beberapa orang private message kat fb.. tak perasan ade link fb kat sini.. segannnnn rasa.. jangan baca post lama2 tau.. maluuuu.. malas nak tukar apa2 kat blog ni sebab dah tak pandai nak tukar template apa bagai.. dah tua kot, semangat nak mendecorate blog memang dah tak ada dah.. kikiki.. kalau nak tanya apa2 pasal RLKA, tanya je yep.. jangan malu2.. inshaAllah kalau saya boleh tolong saya tolong.. kalau lambat reply tu mesti sebab dah tidur or tak bukak blog. ni pon dah bersawang dekat 7bulan.. ngehehehe..

Alhamdulillah, dah 8bulan kat Lancaster nih. kadang-kadang bila bangun pagi, bila jalan2 pusing town Lancaster yang kecik cinonet nih, rasa cam "ehhh aku kat UK la bukannya kat Malaysia lagi". ni bila dah nak dekat setahun memang dah takde nak ehhh ehhh dah.. sekarang dah rasa homesick, sunyi sepi sejuk peti and rasa risau sebab masa dah berlari-lari macam usain bolt and macam2 rasa yg lain laaa. yang paling terasa bila musim dah bertukar cepat. autumn dah, winter dah, spring dah and sekarang dah nak masuk summer! (walaupun cuaca kat Lancaster ni masih macam nak masuk winter balik.. kikiki)

InshaAllah 22 June 2015 ni saya akan di viva secara kecil-kecilan. kikiki.. system belajar PhD kat UK ni berbeza sikit dari Malaysia.. kebanyakan uni kat sini tak ada proposal defense tapi ada panel.. ada yang first panel bulan kesepuluh, ada yang first panel bila dah cukup setahun, ada jugak yang first panel tu la confirmation panel. semuanya bergantung pada uni and department masing2. department saya, ada annual panel (10bulan), confirmation panel (12-18bulan), final year panel and viva voce. jadi first annual panel ni kira macam first step la ke arah mencapai PhD dalam genggaman. acewahhh.. and sekarang saye tengah berusaha gigih nak siapkan documents untuk panel nanti yang nak kena submit seminggu sebelum hari kejadian.

at the same time saye kena isi and submit ethics forms as soon as possible sebab omputih ni bukan jenis workaholic tak bertempat bila dah masuk summer break. semua orang akan pergi holiday and tak ada kat uni. jadinya, makin lambat la nak dapat ethical approval and that means lambat la nak collect data! taknak la macam tuuuu! ya Allah permudahkanlah everything.. aminnnn..

and sikit lagi dah nak masuk Ramadhan! tak sabarnyaaa! tapi...puasa sini 19jam lebih.. acaneeeeee???? ㅠ.ㅠ tapi yang syoknya, lepas dah setel panel, ethical approval and conference bulan june ni, boleh la balik Malaysiaaaaa! nak balik jugak walaupun belum cukup setahun kat sini. rindu family oiiiii! ngehehe.. may Allah ease everything.. sentiasa bersangka baik dengan Allah.. puasa berbelas jam and ada macam2 event besar dalam bulan Ramadhan ni mesti ada hikmahnya kan?

next time nak update pasal panel, conference dgn Ramadhan di Lancaster. inshaAllah. ngeeee..


Friday, October 24, 2014

Hijrah

hijrah.
hijrah bagi setiap orang yang berbeza-beza.
hijrah daripada muda ke tua.
hijrah daripada seorang ke berdua dan bertiga.
hijrah daripada penganggur ke bekerjaya.
dan hijrah yang Allah beri untuk aku, hijrah dari Malaysia ke Lancaster.
dah lebih kurang sebulan di bumi Lancaster.
dah dua kali jumpa supervisor.
dah mula rasa nervous dan mengejar masa.
dah mula rasa rindu pada keluarga.
dah mula rasa rindu pada rutin lama.
dah macam-macam yang jadi dan menyerabutkan kepala.
bila difikir tujuan hijrah pada asalnya.
bila difikir apa hikmahnya.
bila dihitung syukur pada rezeki yang diberiNya.
tak perlu mengalah
tak perlu mengeluh kesah
ambil sebagai amanat
ambil sebagai semangat
inshaAllah segala urusan
akan Dia permudahkan.

1 Muharram 1436H. Salam Maal Hijrah.


Monday, August 18, 2014

Lancaster Aku Datang! Part 3: UK VISA

Assalamualaikum and Hi!

Lepas setel isi borang perjanjian KPM, saya n kawan2 yang nak fly semua kalut nak buat visa ni. Mood raya pon boleh kacau bila hari-hari dok mengadap laman web visa ni.. Tapi sebenarnya nak buat visa ni bukan susah pon. Cuma sebab haritu ada agent dari GEN Education call cakap nak tolong bagi panduan permohonan visa ni dengan FREE, makanya saya pon guna jela bantuan yang ada. Sebelum mula buat permohonan semua, pastikan semua dokumen dah ada siap2. Dokumen tu termasuklah passport baru n passport2 lama, CAS,  financial affidavit dari KPM dan alamat, emel n no telefon uni. First step, kena la register account dengan UK VISA ni. Untuk kes saya yang ditaja oleh USM & KPM, saya pilih:

Category: PBS TIER 4 STUDENT
Type: TIER 4 (GENERAL)(SPONSORED) STUDENT

Lepas tu, isi details tentang diri n jawab semua soalan yg ada dengan jujur. Disebabkan saya pergi sesorang tak bawak family, kurang la sikit benda nk diisi.. Abang-akak yang bawak family, kena la isi nama2 dependant iaitu suami/isteri n anak2 yang nak ikut sama. Apa yang nak diisi, saya pon tak pasti. Hehehe.. Yang penting kena isi alamat uni betul2 n isi mengikut CAS. Sponsor tu bukan scholarship tau! Sponsor tu adalah universiti yang kita nak pergi tu. Ramai jugak yang tersilap tentang ni. Bila dia tanya financial sponsor baru la tulis penaja kita iaitu Ministry of Education, Malaysia. Points pulak adalah seperti berikut:

CONFIRMATION OF ACCEPTANCE FOR STUDIES : 30
MAINTENANCE : 10
TOTAL : 40

Lepas setel isi semua ni, cek balik n submit. Lepas tu buat bayaran online guna credit card or debit card. Awal2 tu agent yang tolong saya ni cakap tak boleh guna debit card. Disebabkan saya n family memang anti credit card n xpernah ada pon credit card ni, saya dengan konfidennya try bayar guna debit card Bank Islam. Alhamdulillah, lepas n tak ada masalah. UK Visa Fee ni adalah bernilai USD530.00. Lepas dah dapat emel confirmation bayaran, book appointment and print borang permohonan. Appointment ni bukannya ada interview ke ape. Toksah la tertipu.. Ngehehe.. Appointment ni just untuk submit borang permohonan yang kita dah print and sign, lepas tu buat biometrik. Mula2 sampai Wisma MCA tu, kena naik tingkat 2 untuk disemak borang2 yang ada, lepas tu baru naik tingkat 9 n tunggu no giliran untuk submit borang. Then, kena tunggu lagi untuk biometrik. Biometrik ni kena masuk dalam 1 bilik, kena pandang camera CCTV kejap n buat pengesahan kesepuluh-sepuluh jari. Lepas tu officer tu akan tangkap gambar kita. Saya ingat gambar ni tak penting, rupa2nya dalam visa guna gambar ni.. Kalau tau, dah pakai cecantik dah aritu! Tapi tangkap gambar tak boleh senyum. Sampai kena marah dengan officer tu sebab senyum menyengih. Adoila.. Muka dah macam cekodok penyek dalam visa tu. Appointment ni dalam masa sejam hingga dua jam boleh setel, bergantung pada keadaan orang pada waktu tu. Lepas dah setel appointment, balik la rumah n tunggu emel dari Manila yang cakap dah siap n emel dari KL yang cakap passport n visa dah sampai di centre iaitu di Wisma MCA Jalan Ampang. Boleh la amik atau mintak dorang poskan. Saya mintak agent collect and poskan for FREE! Hari ni sampai, esok paginya dah sampai kat tangan. 

Alhamdulillah. DipermudahkanNya urusan visa ni. Next, kenduri n kemas barang! ;)

Friday, August 1, 2014

Lancaster Aku Datang! Part 2: Kenapa Lancaster?

Assalamualaikum dan Hai!

Ada beberapa orang tanya, kenapa pilih UK dan kenapa pilih Lancaster untuk sambung study. Actually, memang dari dulu dah berangan nak sambung study kat UK ni. Tapi takde rezeki.. Result SPM tak power mana, result Matrik cukup makan, memang tak layak nak sambung study kat oversea ni ha. Tak kisah pon nak sambung study kat mana sebenarnya. Tapi kenapa pilih UK?

Sebab utama, nak improve english yang teruk berterabur ni. Orang cakap, kalau dah dok kat tempat yang hari-hari kena cakap omputih ni, lama-lama power la english. Orang la yang cakap. Ngahaha.. So, itu memang niat pertama. Segan nanti bila balik keje kat USM, english nya accent Parit. Kikiki.. Jadi, pilihan masa tu ada dua, UK dgn Australia. US kalau leh tak mau sebab PhD 5 tahun.. USM taja 3 tahun je.. Wuwuwu.. 

Sebab kedua pulak, mesti la sebab bidang yang kita minat n bakal supervisor. Kebanyakan uni yang top2 takde expert yg khusus dalam bidang tu. Ade la emel proposal kat beberapa orang bakal sv. Prof ke tak Prof ke, semua saya hantar. Tapi sayangnya ada dua orang sifu dalam bidang yang nak kaji ni, sorang dah bersara dan sorang lagi universitinya tak ambik budak PhD. Dua-dua orang sifu ni suruh sambung kat uni dorg tapi under sv lain dan under master. Memang terpaksa lah reject dengan hati yang berduka. Ngehehe.. Tapi alhamdulillah, bakal sv kat Lancaster setuju dengan proposal n suruh proceed dgn permohonan uni. Bakal sv cakap, department wajibkan dua orang sv untuk seorang student PhD. Omoooo.. Seram sejuk jugak sebab ramai cakap 2 sv ni problem sikit.. Tapi redha jelahh.. Proceed dengan formal application yang perlukan:

1. Research Proposal (4-5 page je)
2. Personal Statement (Tulis la kenapa minat nak belajar kat sana n tulis nama bakal sv yg dh setuju)
3. Degree Certificates & Transcripts (Bachelor & Master)
4. IELTS/GCEO
5. Referee (2orang)
6. Passport yang expired lambat lagi

Alhamdulillah, tak sampai dua bulan unconditional offer letter pon dapat. Lancaster ni sangat cepat buat keje. Tanya apa-apa problem by emel, cepat je balas. Bagus betul!

Ada lecturer suggestkan pegi Australia untuk PhD ni.. Bukan taknak, tapi expert takde yg khusus dalam bidang yang nak kaji n lagi satu, uni dia sangat lembabbbb nak balas apa-apa emel. Application pon rumit.. Tambah pulak, PhD kat uni tu takde Viva Voce dan ambik masa minimum 4 tahun, maximum 6 tahun. Mak aihhh! Takut jugak sebenarnya. Tapi Lancaster pon takut jugak sebab minimum 3 tahun, maximum 4 tahun. Kalau tak abeh on time, dapat MPhil jela balik nanti. Nauzubillahiminzalik!

Moga Allah permudahkan setiap urusan. Risau jugak.. Duduk jauh, sorang2 kat negara orang untuk tempoh yang lama pulak tu. Moga Allah lembutkan hati sv berdua tu untuk terima segala kekuatan dan kekurangan diri ini.. Cewahhh, dah macam nak lembutkan hati mak mertua!

Alhamdulillah jugak sebab KPT dah luluskan. Lancaster ni tersenarai dalam top 200 world ranking Times Higher Education  dan top 5 untuk bidang Sociology kat UK. Baru-baru ni pon Lancaster tersenarai dalam top 10 untuk ranking top 100 universities under 50 years old. Tapi kalau uni top macam mana pon, semuanya bergantung pada diri kita jugak. Moga makin rajin n tak banyak buang masa buat benda lagha. Ngehehe.. Moga dipermudahkanNya segala urusan. InshaAllah. 

Wish me luck tau! :)


Friday, June 20, 2014

Lancaster Aku Datang! Part 1: RLKA USM

Assalamualaikum. Hai!

Niat tulis blog balik selepas 3 tahun tak menjengah ni, sebab nak tulis balik ape yang jadi sebelum fly ke Lancaster University. Niatnya bukan untuk riak, ujub mahupun takbur. Hanya nak share experience dan selebihnya memang niat nak simpan kenangan, ala-ala diari. Sebab diri ni makin pelupa. Maklumlah, dah nak masuk umur suku abad. Dah nak masuk ye.. Belum masuk lagi.. Baru 24 ok! Ngehehehe.. 

Sebenarnya excited nak tulis blog ni sebab selalu sangat blogwalking, nak tau step2 nak sambung study kat UK especially kat Lancaster n ape procedure untuk bebudak RLKA USM sebelum sambung study ni. Macam-macam benda dah baru sekarang ni. Semua nak kena upload email bagai. Selamat ada group facebook Felo/Tutor IPTA yang banyak tolong menjawab soalan-soalan dari budak baru belajar macam saya ni. Memang ada beberapa bloggers yang dah tulis macam2 steps and tips untuk sambung study ni, tapi macam susah nak cari yang betul2 latest punya post. Iyala, semua dah guna facebook, twitter, instagram. Sape yang nak post lagi kat blog kan. Ngehehe.. Makanya, wujudlah post ni. 

Actually, saya dapat fellowship RLKA USM ni sejak bermulanya semester 2 master di UKM. Alhamdulillah, memang tak expect langsung untuk dapat. Iyalah, saya ni bukannya popular di kalangan pensyarah ke orang opis ke bebudak soc science ke. Memang senyap sikit n tak menyerlah. Saya tau pasal RLKA ni pon dari kawan, Tikah n Arin, dan saja try submit borang di RLKA USM sebelum final exam, final year kat USM. Memang isi borang sorang2, submit borang sorang2. Saja nak cuba-cuba, walaupun ramai cakap susah nak dapat. Lepas submit, baru cerita kat family. Alhamdulillah, 6 bulan lepas hantar document hardcopy sume kat pejabat dekan, saya dipanggil interview. Masa tu tengah semester 1 di UKM, dalam bulan November. Dan masa tu jugak dah dapat Mybrain15 dan Pinjaman Pelajaran Mara. Tapi sebabkan memang minat sangat nak jadi pensyarah, kononnya la kan, saya pon ponteng kelas n pegi la interview dengan mak n ayah. Ngehehe..

Al-kisahnya pada hari kejadian, masa saya sampai kat opis tu, nampak kak Jumie, nampak pulak candidate2 lain tengah menunggu, berdebar je rasa. Kemain la semangat bawak file segala bagai, siap dengan tesis masa degree lagi saya bawak. Ngehehe.. Sempat la bersembang dengan candidate2 lain. Ada yang kenal, kureng2 je nak tegur i nih. Yang baru kenal, peramah sungguh. Dan yang paling kelakor n tak sangka, Dr. Shariffah boleh tegur "ni Hafeeza kan?". Memang terkejut nak melompat, sebab sebenarnya tak kenal sangat muka Dr ni sebab dia lecturer baru masa final year dulu. Malu je kan.. Ngehehe.. Tengah sembang-sembang bagai, Mas, salah sorang yang baru lepas interview punya lah lama, keluar n cakap yang panel tanya sanggup tak nak sambung luar negara. Awok masa tu cuak le.. Yela UKM dah separuh jalan, takkan nak tinggal camtu je kan.. Tapi dalam hati, bes gila dapat sambung kat oversea! 

Sampai la saat nama saya kena panggil masuk bilik interview. Dah la kena masuk berdua dengan sorang abang senior ni, dah tak ingat nama dia. Panel ada dalam 6 orang kot tak silap. Yang kenalnya 2 orang je, dekan dengan Dr. Azrina. Sekali interviewnya dalam 5 minit je. Tunggu nak dekat sejam, 5 minit je interview? Dah la berdua pulak tu interviewnya. Interview pon kenalkan diri je cakap omputih, yang lain semuanya bahasa melayu je. Panel tanya, nak specialize antropologi ke sosiologi. Sebab kat usm banyak belajar sosiologi, memang pilih sosiologi la. Dr. Azrina, my fav lecturer, pon setuju. Alhamdulillah. Lepas tanya lebih kurang gitu, makanya tamatlah sesi interview. Bila keluar bilik, orang lain tanya macam mana interview, saya pon blur tak tau nak explain macam mana. Mak ayah pun tanya, cakap jela 5 minit je mak ayah. Ntah le, dapat ke idakkkk..

Interview bulan November kan? Tetiba satu pagi yang hening, bersamaan 26 Januari 2012, saya dapat kol dari opis PPSK USM. Angkat kol dengan mamai2, akak tu cakap, "nak pos surat ni, alamat betul ke 14 jalan kaloi". Awok yang tengah mamun, tanya balik, surat ape kak? Pastu baru dia cakap, "Awak dapat RLKA ni, akak nak hantar surat tawaran ni.. Alamat betul kan?". Masa tu, rasa nak melompat! Segar je mata.. Ngahahaha.. Alhamdulillah.. Dalam ramai2 yang datang interview, saya dan Mas dapat fellowship ni. Lepas tu bermula la episod sebagai fellowship dengan elaun yang masyuk. Eh.. Tak semudah tu nak dapat elaun. Dekat 6 bulan jugak la kais pagi makan pagi, guna elaun FAMA, nana belanja makan minum duit asrama semua. Sebabnya, kena setel dengan Mara n Mybrain bayar balik semua, sebelum KPT bagi elaun SLAB nih. Uwaaaaaaaaa.. Ambik masa berbulan sebab tak tahu kena bayar balik semua, baru KPT masuk meeting. Lepas setel semua tu tunggu meeting KPT, bulan puasa takde meeting pulak. Macam-macam! Memang dugaan yang teramat! Tapi akhirnya KPT luluskan semua. Alhamdulillah.

Iktibar dari cerita ni, cewahhh, jangan cepat putus asa sebelum mencuba. Dulu memang tak expect nak dapat fellowship ni. Sebab tau diri ni tak popular mana, tak aktif sangat pun kat school, lecturer pon ramai tak kenal saye ni ha, orang opis lagi la tak kenal saya langsung, dekan, orang dalam ape ntah lagi. Tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, kalau kita berusaha, inshaAllah dipermudahkanNya segala urusan kita.  Kena usaha, doa, tawakal dan sabar sabar sabar. Kenapa sabar tu tiga kali? Sebab banyak dugaan dan cabaran yang kita kena tempuh sebelum nak dapatkan sesuatu yang kita nak dan baik untuk kita. Hidup ni tak semuanya manis macam cotton candy. Ok? Alhamdulillah, hari ni bersamaan 20 Jun 2014, KPT dah approve untuk sambung study di Lancaster for my PhD. Bersangka baik dengan Allah dan sentiasa bersabar.

Never give up ok! :)


Thursday, June 19, 2014

kelakar

kelakar bila bukak balik blog ni.
baca balik apa yang aku tulis dulu-dulu.
sampai dah tak ingat post yang aku tulis tu sebab ape n untuk sape.
dah lama privatekan blog ni dari dibaca.
nak publickan balik, walaupun malu dengan ape yang dah pernah tulis.
manusia banyak kenangan manis, pahit.
bila lagi nak gelak dengan kenangan-kenangan lama.
peace! :)

Tuesday, September 20, 2011

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

tarikh yang cantek arini 20092011..
selamat sebelas bulan shayang.. :)

Monday, August 29, 2011

Salam Merdeka Raya!


Saturday, August 20, 2011

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


10 bulan berlalu bersama tomot tershayang..
moga berkekalan selama-lamanye..
amin.. :)

Saturday, August 13, 2011

dilema si buah delima

buah delima sedap..
tapi dilema tak sedap..
huh~~

tak tau mane yg lg baik..
tak tau mane yg lg sesuai..

jadik akhirnye diri pon konpius2 n pening2..
sekian terima kasih..
ㅠ.ㅠ

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Selamat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih kepada semua.. maaf jika ada salah silap selama ini.. semoga memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini.. :)

Sunday, June 26, 2011

i miss them sooooo much!


rindu nak jumpe kwn2 tcs.. kbykn dorg skang tgh prac.. dah la prac merata alam sampai ke langkawi pon ade.. yg prac dkt ipoh pon nk jumpe pon susah dah kejanye 8-5 weekdays.. weekend pulak dari dulu kitorg dah tetapkan hari utk kua jejalan ngan family.. kesian pulak nk kacau2.. tak sabor nk tunggu mid-july nk jumpe dorg.. ada macam2 cerita yg nk kongsi ngan dorg.. leh gosip2 sal member2 yg baru brtunang. da kawen ke.. pasal abg2 dorg yg hensem ke.. ngeee.. gatai.. dh lame tak bersidang.. rindu gile lah! tak sabor nk tunggu dorg balik.. at least takde la rase bosan sgt sembang dgn bibi je.. ngehehe.. dpt le kua jejalan sesama.. tgk wayang ke karok ke kt jj tu then balik tu boleh la lepak2 taman dr ke gunung lang ke.. pastu melarat singgah rumah sape2 yampui2 dulu ke.. kikiki~~ walaupun aktivitinye takde la bombastik mane cam pegi jln jauh2 ke, at least dpt la menghepi2kn diri.. ye dakk.. aishhh lau ipoh ni ade pantai da lame ajak dorg betapa kat situ.. rindunya pantai.. rindunya nk lari dari kebiasaan.. bukan bosan dgn yg biasa.. cuma kadang2 kita boleh dptkn dgn cara yg lain, org yg lain, ape salahnye kan.. hmm.. :)

p/s: last week fatin kena ragut pas balik prac.. dia jalan kaki pas turun bas tup tup ade malaun naik moto sorang2 tarik beg dia.. jatuh terlentang member.. esoknye pas kena dia kol umah aku gtau.. alhamdulillah skang sumenye da setel just no nset je kena tuka baru.. badan just lebam2 n luka sikit.. barang ilang xpe, jangan nyawa yg melayang.. bahaya sungguh.. uishh takotnye nk jejalan sorang2!

p/s lagi: malaun peragut tu dapat telekung sepasang.. mudah-mudahan insaf le ye dgn 'hadiah' tu.. ngehehe.. ;)

ni piknik 26jun2010.. tarikh yg sama ngan arini.. da setahun da tak piknik bersidang sesama.. uwaaaaaaaaaaaaaa.. :'(

Monday, June 20, 2011

♥♥♥♥♥♥♥♥


arini anniversary ke-lapanbulan shaye dengan tomot..
dah dekat 2bulan tak jumpe dia..
rindu..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...
lebiu soo much b!

Saturday, April 30, 2011

tiga tahun berlalu di usm ♥

hari ni hari terakhir aku ada kat usm sebagai undergrad.. insyaAllah petang nanti aku sampai umah.. balik ipoh utk 4bulan.. ingat nak cari keja part time.. kumon takde kosong pulak.. domino's mungkin? hehe.. nak keja, kumpul duit nk sambung master.. kalau dpt sambung usm, insyaAllah aku sambung.. kalau tak dapat, sambung ukm.. kalau tak dapat jugak, shaye kawen dgn incik tomot! ngahaha.. gatai sungguh anak pakcik pazil nih.. ;)

dah tiga tahun berlalu kat usm.. macam-macam kenangan manis pahit.. yang manis tu akan sentiasa dikenang dan dihargai.. yang pahit tu kite letak tepi, cuba lupakan dan jadikan pengajaran.. usm banyak ubah hidup aku.. terlalu banyak.. aku meningkat dewasa dgn perangai keanak-anakan disini.. banyak peristiwa yg sedikit sebanyak mematangkan aku.. terutamanya pemikiran.. aku cuba belajar buat keputusan yang penting sendirian, cuba fikir ape yang patut dan tak patut aku buat, cuba menilai, meminta maaf dan merendahkan ego bila aku salah dan rasa bersalah.. tapi perangai manja, aku sukar lagi nak kikis.. perubahan tak semuanya boleh berlaku mendadak.. berikan aku peluang.. aku baru mula meniti alam dewasa dan masih terpinga-pinga.. cuba sikit demi sikit, insyaAllah akan kurangkan apa-apa yang tak manis dimata orang..

tiga tahun berlalu, pelbagai jenis orang aku jumpa.. ada yang mendatangkan rasa gembira, ada yang mencetuskan rasa duka.. i have enemies here.. n i hate them too.. pendirian aku yg taknak membenci org dh tergugat nampaknya.. kikiki~ mereka kenangan yang aku cuba tanam sedalam-dalamnya dan tak hingin nak gali balik.. kat usm aku tak ada hubungan persahabatan yg rapat dengan orang yang sama tapi bertukar-tukar dari sem1 hingga sekarang.. dulu rapat, kini makin renggang.. kini rapat, nanti mungkin hilang.. terima kasih kerana sudi bersama-sama mencipta kenangan di sini.. aan, kak yus, kak aisyah, khairy, jawahir, wan, jasmine, kak ika, atul, anis, nadiah.. really appreciate our friendship.. thanx for everything.. maaf jika ada terlebih terkurang sepanjang tiga tahun ni.. mungkin korg tak baca entri ni skarang, tapi nanti-nanti mane tau kn.. hehehe.. wahir, wan, along thanx sbb jadikan masa belajar aku sgt bes.. aku xpenah wat stadi group yg sgt2 menjadi, sgt2 enjoy mcm stadi dgn korg ni.. mmg bes.. hepi sgt.. mesti nanti rindu gile lahh nk stadi dgn korg.. wuwuwu..

aku mungkin masih akan ada kat usm.. tapi aku tau semua ni tak akan ada nanti.. korang semua tak ada.. kawan-kawan sepanjang tiga tahun aku kat usm ni tak ada.. mungkin akan rasa kehilangan tu.. tapi kita semua dah bergerak ke peringkat yg mendewasakan, peringkat yang lebih tinggi.. jadi kalau tak ada perubahan dalam hidup, tak ke mana lah kita kan.. aku doakan kawan-kawan aku berjaya capai apa saja impian yang korang mahukan dan berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah jumpa nanti di hari konvokesyen.. pakai baju cantek2.. nak tangkap gambar banyak-banyak dengan korang! :)


aan je.. hehe.. takde gambar same lah.. cilok fb.. ;)

kak ika, kak yus, kak aisyah.. muka sy mase first year.. kiki~

along, wahir, wan, mien.. gambar stadi same2 konon pelajar usm cemerlang! :p

kak sha, kak ika, kak ila.. kuat berjalan je.. ronggeng cik kiah..

nad, anis.. korang tempat bermanja paling bes.. kikiki~ :)

persahabatan itu manis bila suka dan duka dikongsi bersama..
persahabatan itu bertambah manis bila kita menghargainya..
persahabatan itu menjadi sangat manis bila kita tak lupakannya..
terima kasih kawan-kawan.. :')

Wednesday, April 20, 2011

sudah 6 bulan!

alhamdulillah dah 6 bulan berlalu dengan tomot tershayang.. kejap je kan? rasa dah macam setahun.. kikiki~ bulan ni bulan penuh dugaan bagi aku.. macam2 masalah.. macam2 cobaan.. dgn keadaan ayah, aku pon sakit tak baik-baik.. bulan ni memang banyak air mata mengalir.. tapi alhamdulillah tomot masih ada bersama dgn shaye ni.. ada utk bagi semangat, ada utk bg sokongan, ada utk teman pegi klinik, pusat sejahtera n ada utk dgr aku nangih berhingos2.. terima kasih shayang.. moga bulan2 dan hari2 mendatang kita dapat tempuh same2 dgn kuat dan penuh semangat yeay! ilysm b! ♥♥♥♥♥♥

p/s: satu paper dah lepas.. tinggal lagi satu 29hb ni.. wish me luck!
p/s lagi: gudluck kawan2 n tomot shayang.. :)

Tuesday, March 29, 2011

i hate you!

perkara yang tidak baik.
kau dah sakitkan orang yang aku sangat sayang.
orang yang dah besarkan aku.
dengan cara keji, hina.
berkawan dengan syaitan.
sakit yang kau buat
kau akan rasa balik.
jika tak di dunia
di akhirat nanti.
moga kau mendapat balasan yang setimpal.
bodoh.

i will never forgive u.

Friday, March 25, 2011

rase nak senyum~ :)

rase nak senyum bila tau pasal something.
bila orang yang cakap takleh bagi komitmen,
nak fokus belajar,
tak akan ada hubungan dengan sape-sape sampai kerja.
end up dengan keputusan yang memang aku dah agak dr awal.
aku dah cakap deria bau aku ni kuat.
bau orang nak kencing aku.
sepelaung aku dah tau.
tak payah nak sorok-sorok.
aku dah besar tak main dah sorok-sorok ngan kau.
bodohnya aku kan.
percaya kau yang kononnya innocent tu bulat-bulat.
nape lah tak bgtau aku awal-awal dulu.
bila aku tanya kau suka dia ke tak.
kau ngan dia ada apa-apa ke tak.
konon lah tak ada kan.
konon lah korang just kawan baik kan.
belakang aku macam lah aku tak tau kan.
then pandai-pandai nak cakap aku awek kau.
sedangkan dalam hati ade orang lain.
last-last orang lain semua tuding jari kat aku.
aku lah yang gatal.
aku lah yang tinggalkan kau.
ape lah seronoknya main-mainkan hati seorang perempuan.
bagi harapan tapi kemudian kau tinggalkan.
dengan alasan yang bullshit.
dan sekarang kau jilat balik ludah kau.
cakap tak serupa bikin.
shit lah.
moga bahagia hendaknya.
jodoh depan mata lah katakan.
aku pon dah jumpa kebahagiaan aku.
sangat-sangat bahagia.
thanx btw temukan aku dgn hafeez.
peace. :)

p/s: just nak zahirkan ape aku rase then fullstop! not even ur name!
p/s lagi: i love u b shayang~ :)

Sunday, March 20, 2011

♥♥♥♥♥

5 bulan berlalu bersama kamu shayang..
gelak tawa rajuk nanges dah menemani hari-hari kita..
maaf kerana ada buat kamu terluka..
shaye budak jaat yang selalu lupa dgn kelemahan..
moga jadi pengajaran dan tak akan berulang..
shaye akan jage hati kamu baik2..
shaye percaya dengan hubungan ini..
terima kaseh chenta..
i love you so much baby! :)

Thursday, March 17, 2011

($___$)

sbbkan kelas minggu ni dah abeh, saje la godeh2 blog org lain cari tutorial nk pakai shawl n tup2 terjumpa blog sherah nih.. sebabkan tade keja, saje la bace2 n terjumpa cara nk dapatkn earning kt blog..

fuhh memang dah lama cari yg selain nuffnang.. bukan utk blog ni, tapi utk blog akak aku nana KPOP.LYRICS yang penuh ngan lirik lagu2 korea n memang ramai dijenguk bebudak yg minat kpop ni dr mcm2 negara.. pada aku sayang lah blog traffic tinggi tp tak dapat earning byk kan.. nuffnang memang ciput je..

jadi sesapa nak dpt side income dgn memblog or saje suke2 nk menambah sidebar mcm aku ni, sila-sila lah cuba Heart Beat nih.. cam lagu 2pm lak an.. listen to my heartbeat beat beat beat.. ngehehe~~ ni aku letak tutorial dia yg aku amik dari blog sherah.. time kasih bebanyak atas info yg bergune nih.. sharing is caring la katakan.. :)

1. ok, memula korang click mende bawah ni..



2. Pastu click Icon Hearbeat.my (yang gambar love love terkeluar tu.. ngehehe~~)

3. Click CREATE ACCOUNT pastu isi la ape2 yang berkenaan..

4. Letak Password Email Address pastu I agree HeartBeat's Terms of service pastu continue.

5. bila dah create account, click kat Join HB!Affiliate..

6. Click Online Application(cari la ade kat bawah2 sikit tu.. pastu isikan maklumat yg patut..)

7. Pilih cara pembayaran yang korang nak, pilih agree pastu click continue

8. Pastu korg click GET A CODE

9. Copy Code yang korang nak.. ada macam2 style.. ikot suke kome le..

10. Copy lah mende dalam bulat merah tu then pegi blog Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste kan code yang korang dah dapat tadi > save. letak la kat mane2 korang rase bes..

11. Haaa sekarang pegi cek earning kat My HB!Affiliate

Ape?? 0sen? hehehe.. rajin2 la promote mende alah ni kt kawan2.. soh dorg click iklan HeartBeat yg korg dah letak kat blog tu.. yang kat sidebar atas sekali tuh.. sekali click dapat RM0.04.. sikit-sikit lama-lama jadi banyak-banyak lah.. ngehehe.. selamat mencuba! jgn lupa click kt blog aku tuh.. sumbangkan lah 4sen sehari.. seminggu 28sen.. sebulan 1.20sen.. alaaa sikitnye! wuwuwu~~

Wednesday, March 2, 2011

nak buat macam mana lagi?

siyes aku konpius. aku buat ni salah. aku buat itu salah. tulis blog ni pon org akan ckp salah. aku tak tau nak buat camne dah. bila aku sakit ati, terasa, bengang, marah kat sape2, aku malas nak pendam perasaan sorang sorang. tak aku cerita kat orang, aku buat ayat tersirat kat fb. orang cakap pendam perasaan ni lama-lama boleh gila. dah lah aku duduk sorang kat bilik nih.

okei mula-mula aku dengan baik hatinya cerita kat seorang yang aku anggap sahabat baik dan rapat. aku anggap dengan bercerita aku dapat sedarkan diri yang tak baik marah org itu, tak baik benci orang ini. konon nak mintak dia muhasabahkan diri aku balik yang tengah menggelegak marah nih. dan konon semua cerita dia akan simpan rapi. yela nama pon bercerita masa tengah marah. taik, bodoh sume keluar la. perkataan babi n mencarut je aku pantang. tu memang bila dah marah tahap nak sepak muka orang je. tapi dah nama pon kehidupan. aku cerita aku sakit hati kat A, yang kau bagitau kat A tu kenapa? ape ke bijak sangat. nama pon bercerita untuk menenangkan hati yang tengah marah. manusia ni mane ade yang tak pernah marah. kau pon kan? ni bila hati dah cool, dah sedar salah diri sendiri tup2 cerita aku dah sampai kat si A. then bermula la balik hikayat yang tak sudah-sudah. aku benci kau, kau benci aku. sampai habis kalam. the end. maaf aku dah kurang percaya nak bercerita.

ni lain pulak cerita. nak tahu cerita aku A to Z. ye aku cerita. aku memang tak suka berahsia. tapi kadang-kadang tak semua kisah lama boleh dijadikan gurau senda. aku jugak ada hati dan perasaan yang halus dan lembut.. fuhh.. bila kita bercerita, kisah yang itu jugaklah yang dikenang, diungkit. sedangkan dulu dia yang nak tau cerita. ni bila dah tau, jadi macam ni pulak. sebab nak elak bergaduh, baik duduk senyap sorang-sorang jangan bercerita apa yang kau rasa kat mana-mana manusia. masalah aku, masalah aku. lama-lama boleh jadi gila.

sebab tak nak jadi gila aku on twitter. nana yg buatkan, dia cakap nak tulis apa tulis lah, janji hati senang. aku malas nak emo kat fb. ramai kawan, cikgu, mak mertua. segan. nama pon di hujung jari, memang cepatlah terkeluar emosi-emosi dari cerita yang tak ada sape nak dengar kat twitter aku. kadang-kadang kedengaran kasar tapi aku tak pernah keluar perkataan babi atau carutan orang melayu yang jijik. paling jahat aku cakap taik. shit=taik. aku rasa dah cukup sopan untuk orang yang tengah marah. dan bila aku marah memang aku suka guna 1 titik macam nih. huh. geram. then bila aku bertweet-tweet kemarahan aku, ada yang menegur tak baik tulis macam tuh. pulak dah~ serabut. baru nak jadikan twitter pendengar masalah aku yang baik kan. dah hilang lagi pendengar cerita aku.

ok aku dah tak tau nak buat apa. pendengar cerita aku yang paling baik nana sorang je. kakak aku. mak pon pendengar yang baik walaupun biasa la mak akan marah aku balik. tapi aku tak nak cerita benda sedih kat mak. tak sampai hati nak bagi mak susah hati. ok nana tak bela aku bila aku tak salah, dia marah aku kalau aku salah. dia tak bukak cerita aku sampai seluruh alam tau. dia tak akan ungkit cerita lama dalam bentuk serius atau gurauan. dan dia akan kutuk kau kalau kau perangai macam sampah. ok i need u now sis. sakit hati nih. huhu~