Monday, May 3, 2010

di sudut hati..

teringat disuatu ketika.. rasa gembira dan rasa bahagia disudut hati.. rasa yang tidak pernah aku alami selama aku hidup didunia ini.. namun, rasa yang ini terhenti secara tiba-tiba di pertengahan jalan.. bukan aku yang meminta.. walaupun sudah banyak perubahan demi perubahan yang terpaksa aku lakukan untuk memuaskan hatinya.. sedangkan dirinya.. sedikit perubahan pon masih tidak ada.. aku hanya menerima kekurangan dirinya.. tapi kekurangan aku diadili hanya dalam tempoh enam bulan.. ya, aku tidak sempurna.. beberapa kali aku mencuba.. tapi semuanya hanya sia-sia.. masih teringat kata-katanya "walaupun dh xade pape, jgn la paling muka, wat mcm xkenal.. sedangkan dulu pernah berkongsi rasa yg sama.." tapi ayt itu terkena pada batang hidungnya sendiri.. mudahnya manusia berkata-kata.. teringat pada apa yang telah berlaku.. mungkin dia terlupa atau sengaja melupakan.. tanggungjawab yang dilupakan dan dilepaskan begitu saja.. masih berlegar-legar di minda aku.. betapa sakitnya aku.. sakit yang tidak berkesudahan.. salahkah aku merasa sedih atas segalanya? hanya Tuhan yang dapat membalas perbuatannya.. dan kenangan antara kami tak mudah aku lupakan hingga kini~

teringat pula disuatu ketika.. sewaktu aku masih menyulam bahagia.. ada seseorang meminta kekuatan atas keputusan yang dia lakukan.. aku masih ingat.. "jangan tinggalkan aku tau.. jangan buat aku rasa sunyi tau.. jangan wat aku sedih2...".. mungkin salah aku.. terlalu menghargai kata-kata itu dan percaya kata-kata itu hanya ditujukan untuk aku.. seorang yang diperlukan.. aku cuba memberikan kegembiraan supaya dia tidak memikirkan keputusan itu.. dan tidak lama selepas itu, keputusan itu ditarik semula dan mereka kembali bahagia.. tapi disaat itu aku pula yang terpaksa menerima keputusan yang tak diduga.. salah aku terlalu menyayangi.. setiap hari aku ditemani kesedihan.. di saat aku masih bersedih.. ada yang masih bergembira.. dan dia yang bergembira itulah yang melihat aku bersedih saban hari... dia yang bergembira itulah yang meminta aku menemani dan membuatkannya gembira saat dia bersedih.. dua kali berturut-turut aku berada di dalam situasi yang sangat kejam di mata aku.. mungkin pada mereka.. perkara ini hanya kudis yang tidak memberi kesan.. aku hanya redha kerana aku hadir selepas hubungan antara kalian terbina.. aku masih meneruskan hidup disamping yang masih ada disisi.. aku sentiasa mengingatinya.. bukan hanya disaat susah.. tapi juga diwaktu senang.. kata-katanya yang memerlukan aku dan pertolongan aku sentiasa aku igt.. "i need u dear" kata-kata yang membuatkan aku gelisah bila aku berada jauh.. aku rasa aku diperlukan.. aku rasa kewujudan aku dihargai.. tapi sampai masanya aku sedar.. aku terlalu bodoh menilai.. kewujudan aku hanya dihargai saat kesusahan.. bukan disaat gembira dan bahagia.. salahkah aku bersedih? salahkah aku kecewa? tidak matangkah sikap aku setelah dua tiga kali perkara ini berlaku dengan alasan dan agakan yang tidak pasti yang dibuat tanpa bertanya secara terus? dimana msg saat aku diperlukan, call saat meminta pertolongan? setelah beberapa kali diperlakukan, tipu kalau aku katakan tiada rasa kecewa disudut hati.. aku juga punya hati dan perasaan.. mungkin padanya semuanya remeh tapi pada aku yang tidak mempunyai org disekeliling yang ramai sepertinya, aku yang menyanjung, menghargai dan selalu berfikir tentang dirinya, perkara itu amat memberi kesan.. hanya aku dan dia sahaja yang tahu.. dan aku masih menyayanginya hingga kini~

teringat pula disuatu ketika.. ketika aku redha dengan apa yang terjadi.. disaat aku sudah mula mengukir senyuman.. aku diberi satu harapan.. ya.. harapan itu memang aku inginkan.. tapi pada mulanya rezeki tidak berpihak kepada aku.. saat aku diberi semula harapan.. aku sangat gembira.. tapi kegembiraan hanya dapat dilihat disudut hati.. tidak aku canangkan diseluruh dunia.. namun, sekali lagi aku berada disituasi yang kejam.. sekali lagi aku dibuang begitu sahaja.. ya.. aku sedapkan hati dengan mungkin bukan rezeki aku disitu.. aku tidak kisah dan aku menerima kenyataan yang aku tidak lagi diperlukan.. tapi yang membuatkan aku kecewa bila tiada kata-kata maaf yang diucapkan saat aku dibuang begitu sahaja.. mungkin padanya semua ini tidak menjejaskan apa-apa, tidak memberi kesan padanya.. apa salahnya memohon maaf.. hormat la aku sebagai seorang manusia.. hingga lah aku mula bersuara.. dia mula sedar akan kesilapan dan memohon maaf.. aku hanya menyimpan cerita.. tapi tidak aku sangka, perkara yang tidak aku sebarkan ini rupanya telah tersebar dengan jalan cerita yang berkemungkinan besar jauh tersimpang.. biarlah mereka bersuara.. hanya aku, dia dan Tuhan saja yang tahu cerita sebenar.. dan aku masih menghormatinya hingga kini~

saat aku sedih, mereka semua tiada disisi.. salahkah aku mengintai bahagia? sindiran, kutukan, ajukan semuanya aku pandang sebelah mata, walaupun hati aku terguris.. terima kasih kepada yang berani mengambil risiko untuk menegur aku.. menegur kesilapan aku.. cuma, jika insan yang menegur itu tidak turut sama mengutuk, mengata dan mengajuk aku dibelakang, aku akan menyayanginya dan mendoakan kesejahteraannya dunia n akhirat.. kerana katanya dia tidak betah melihat aku dikutuk dibelakang.. aku amat menghargainya.. terima kasih kepada yang terlibat dalam mengata aku dibelakang.. kepada yang pernah aku lakukan kesilapan dan mengguris hati, aku relakan mereka untuk terus melakukannya.. mereka punya hak.. tapi, mereka yang tidak aku lakukan kesalahan, yang jarang bertegursapa, yang jarang meluangkan masa bersama dan mereka yang didepan aku sentiasa bergurau senda seperti tiada apa-apa, aku terasa ingin bertanya.. apa salah aku pada kamu semua sehingga kamu turut terlibat sedangkan kita tidak ada apa-apa? hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

~maaf atas ketelanjuran kata, keburukan sikap selama ini.. aku bukan manusia yang sempurna~

3 comments:

<----henchik ikang said...

dh bleh stat tulis novel dh ne..wakaka

♥ mArumAru ♥ said...

aipppppppppppp! maluuuuuuuuuuuuuuuu~~~~~

<----henchik ikang said...

puhh..lju komen...ngeh3