Saturday, April 30, 2011

tiga tahun berlalu di usm ♥

hari ni hari terakhir aku ada kat usm sebagai undergrad.. insyaAllah petang nanti aku sampai umah.. balik ipoh utk 4bulan.. ingat nak cari keja part time.. kumon takde kosong pulak.. domino's mungkin? hehe.. nak keja, kumpul duit nk sambung master.. kalau dpt sambung usm, insyaAllah aku sambung.. kalau tak dapat, sambung ukm.. kalau tak dapat jugak, shaye kawen dgn incik tomot! ngahaha.. gatai sungguh anak pakcik pazil nih.. ;)

dah tiga tahun berlalu kat usm.. macam-macam kenangan manis pahit.. yang manis tu akan sentiasa dikenang dan dihargai.. yang pahit tu kite letak tepi, cuba lupakan dan jadikan pengajaran.. usm banyak ubah hidup aku.. terlalu banyak.. aku meningkat dewasa dgn perangai keanak-anakan disini.. banyak peristiwa yg sedikit sebanyak mematangkan aku.. terutamanya pemikiran.. aku cuba belajar buat keputusan yang penting sendirian, cuba fikir ape yang patut dan tak patut aku buat, cuba menilai, meminta maaf dan merendahkan ego bila aku salah dan rasa bersalah.. tapi perangai manja, aku sukar lagi nak kikis.. perubahan tak semuanya boleh berlaku mendadak.. berikan aku peluang.. aku baru mula meniti alam dewasa dan masih terpinga-pinga.. cuba sikit demi sikit, insyaAllah akan kurangkan apa-apa yang tak manis dimata orang..

tiga tahun berlalu, pelbagai jenis orang aku jumpa.. ada yang mendatangkan rasa gembira, ada yang mencetuskan rasa duka.. i have enemies here.. n i hate them too.. pendirian aku yg taknak membenci org dh tergugat nampaknya.. kikiki~ mereka kenangan yang aku cuba tanam sedalam-dalamnya dan tak hingin nak gali balik.. kat usm aku tak ada hubungan persahabatan yg rapat dengan orang yang sama tapi bertukar-tukar dari sem1 hingga sekarang.. dulu rapat, kini makin renggang.. kini rapat, nanti mungkin hilang.. terima kasih kerana sudi bersama-sama mencipta kenangan di sini.. aan, kak yus, kak aisyah, khairy, jawahir, wan, jasmine, kak ika, atul, anis, nadiah.. really appreciate our friendship.. thanx for everything.. maaf jika ada terlebih terkurang sepanjang tiga tahun ni.. mungkin korg tak baca entri ni skarang, tapi nanti-nanti mane tau kn.. hehehe.. wahir, wan, along thanx sbb jadikan masa belajar aku sgt bes.. aku xpenah wat stadi group yg sgt2 menjadi, sgt2 enjoy mcm stadi dgn korg ni.. mmg bes.. hepi sgt.. mesti nanti rindu gile lahh nk stadi dgn korg.. wuwuwu..

aku mungkin masih akan ada kat usm.. tapi aku tau semua ni tak akan ada nanti.. korang semua tak ada.. kawan-kawan sepanjang tiga tahun aku kat usm ni tak ada.. mungkin akan rasa kehilangan tu.. tapi kita semua dah bergerak ke peringkat yg mendewasakan, peringkat yang lebih tinggi.. jadi kalau tak ada perubahan dalam hidup, tak ke mana lah kita kan.. aku doakan kawan-kawan aku berjaya capai apa saja impian yang korang mahukan dan berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah jumpa nanti di hari konvokesyen.. pakai baju cantek2.. nak tangkap gambar banyak-banyak dengan korang! :)


aan je.. hehe.. takde gambar same lah.. cilok fb.. ;)

kak ika, kak yus, kak aisyah.. muka sy mase first year.. kiki~

along, wahir, wan, mien.. gambar stadi same2 konon pelajar usm cemerlang! :p

kak sha, kak ika, kak ila.. kuat berjalan je.. ronggeng cik kiah..

nad, anis.. korang tempat bermanja paling bes.. kikiki~ :)

persahabatan itu manis bila suka dan duka dikongsi bersama..
persahabatan itu bertambah manis bila kita menghargainya..
persahabatan itu menjadi sangat manis bila kita tak lupakannya..
terima kasih kawan-kawan.. :')

2 comments:

wannursyazana said...

miss u too! saya bosan kat rumah.. hhuhu.. nice pic of me.. looking like a model! haha.. see u convocation nnt!

♥ mArumAru ♥ said...

bosan jugak dok rumah.. dok tengok running man n family outing je.. ngehehe.. insyaAllah jumpa konvo nanti.. 24 nih dah kua result da.. cepat je rase.. ;)