hijrah.
hijrah bagi setiap orang yang berbeza-beza.
hijrah daripada muda ke tua.
hijrah daripada seorang ke berdua dan bertiga.
hijrah daripada penganggur ke bekerjaya.
dan hijrah yang Allah beri untuk aku, hijrah dari Malaysia ke Lancaster.
dah lebih kurang sebulan di bumi Lancaster.
dah dua kali jumpa supervisor.
dah mula rasa nervous dan mengejar masa.
dah mula rasa rindu pada keluarga.
dah mula rasa rindu pada rutin lama.
dah macam-macam yang jadi dan menyerabutkan kepala.
bila difikir tujuan hijrah pada asalnya.
bila difikir apa hikmahnya.
bila dihitung syukur pada rezeki yang diberiNya.
tak perlu mengalah
tak perlu mengeluh kesah
ambil sebagai amanat
ambil sebagai semangat
inshaAllah segala urusan
akan Dia permudahkan.
1 Muharram 1436H. Salam Maal Hijrah.
Friday, October 24, 2014
Monday, August 18, 2014
Lancaster Aku Datang! Part 3: UK VISA
Assalamualaikum and Hi!
Lepas setel isi borang perjanjian KPM, saya n kawan2 yang nak fly semua kalut nak buat visa ni. Mood raya pon boleh kacau bila hari-hari dok mengadap laman web visa ni.. Tapi sebenarnya nak buat visa ni bukan susah pon. Cuma sebab haritu ada agent dari GEN Education call cakap nak tolong bagi panduan permohonan visa ni dengan FREE, makanya saya pon guna jela bantuan yang ada. Sebelum mula buat permohonan semua, pastikan semua dokumen dah ada siap2. Dokumen tu termasuklah passport baru n passport2 lama, CAS, financial affidavit dari KPM dan alamat, emel n no telefon uni. First step, kena la register account dengan UK VISA ni. Untuk kes saya yang ditaja oleh USM & KPM, saya pilih:
Category: PBS TIER 4 STUDENT
Type: TIER 4 (GENERAL)(SPONSORED) STUDENT
Lepas tu, isi details tentang diri n jawab semua soalan yg ada dengan jujur. Disebabkan saya pergi sesorang tak bawak family, kurang la sikit benda nk diisi.. Abang-akak yang bawak family, kena la isi nama2 dependant iaitu suami/isteri n anak2 yang nak ikut sama. Apa yang nak diisi, saya pon tak pasti. Hehehe.. Yang penting kena isi alamat uni betul2 n isi mengikut CAS. Sponsor tu bukan scholarship tau! Sponsor tu adalah universiti yang kita nak pergi tu. Ramai jugak yang tersilap tentang ni. Bila dia tanya financial sponsor baru la tulis penaja kita iaitu Ministry of Education, Malaysia. Points pulak adalah seperti berikut:
CONFIRMATION OF ACCEPTANCE FOR STUDIES : 30
MAINTENANCE : 10
TOTAL : 40
Lepas setel isi semua ni, cek balik n submit. Lepas tu buat bayaran online guna credit card or debit card. Awal2 tu agent yang tolong saya ni cakap tak boleh guna debit card. Disebabkan saya n family memang anti credit card n xpernah ada pon credit card ni, saya dengan konfidennya try bayar guna debit card Bank Islam. Alhamdulillah, lepas n tak ada masalah. UK Visa Fee ni adalah bernilai USD530.00. Lepas dah dapat emel confirmation bayaran, book appointment and print borang permohonan. Appointment ni bukannya ada interview ke ape. Toksah la tertipu.. Ngehehe.. Appointment ni just untuk submit borang permohonan yang kita dah print and sign, lepas tu buat biometrik. Mula2 sampai Wisma MCA tu, kena naik tingkat 2 untuk disemak borang2 yang ada, lepas tu baru naik tingkat 9 n tunggu no giliran untuk submit borang. Then, kena tunggu lagi untuk biometrik. Biometrik ni kena masuk dalam 1 bilik, kena pandang camera CCTV kejap n buat pengesahan kesepuluh-sepuluh jari. Lepas tu officer tu akan tangkap gambar kita. Saya ingat gambar ni tak penting, rupa2nya dalam visa guna gambar ni.. Kalau tau, dah pakai cecantik dah aritu! Tapi tangkap gambar tak boleh senyum. Sampai kena marah dengan officer tu sebab senyum menyengih. Adoila.. Muka dah macam cekodok penyek dalam visa tu. Appointment ni dalam masa sejam hingga dua jam boleh setel, bergantung pada keadaan orang pada waktu tu. Lepas dah setel appointment, balik la rumah n tunggu emel dari Manila yang cakap dah siap n emel dari KL yang cakap passport n visa dah sampai di centre iaitu di Wisma MCA Jalan Ampang. Boleh la amik atau mintak dorang poskan. Saya mintak agent collect and poskan for FREE! Hari ni sampai, esok paginya dah sampai kat tangan.
Alhamdulillah. DipermudahkanNya urusan visa ni. Next, kenduri n kemas barang! ;)
Friday, August 1, 2014
Lancaster Aku Datang! Part 2: Kenapa Lancaster?
Assalamualaikum dan Hai!
Ada beberapa orang tanya, kenapa pilih UK dan kenapa pilih Lancaster untuk sambung study. Actually, memang dari dulu dah berangan nak sambung study kat UK ni. Tapi takde rezeki.. Result SPM tak power mana, result Matrik cukup makan, memang tak layak nak sambung study kat oversea ni ha. Tak kisah pon nak sambung study kat mana sebenarnya. Tapi kenapa pilih UK?
Sebab utama, nak improve english yang teruk berterabur ni. Orang cakap, kalau dah dok kat tempat yang hari-hari kena cakap omputih ni, lama-lama power la english. Orang la yang cakap. Ngahaha.. So, itu memang niat pertama. Segan nanti bila balik keje kat USM, english nya accent Parit. Kikiki.. Jadi, pilihan masa tu ada dua, UK dgn Australia. US kalau leh tak mau sebab PhD 5 tahun.. USM taja 3 tahun je.. Wuwuwu..
Sebab kedua pulak, mesti la sebab bidang yang kita minat n bakal supervisor. Kebanyakan uni yang top2 takde expert yg khusus dalam bidang tu. Ade la emel proposal kat beberapa orang bakal sv. Prof ke tak Prof ke, semua saya hantar. Tapi sayangnya ada dua orang sifu dalam bidang yang nak kaji ni, sorang dah bersara dan sorang lagi universitinya tak ambik budak PhD. Dua-dua orang sifu ni suruh sambung kat uni dorg tapi under sv lain dan under master. Memang terpaksa lah reject dengan hati yang berduka. Ngehehe.. Tapi alhamdulillah, bakal sv kat Lancaster setuju dengan proposal n suruh proceed dgn permohonan uni. Bakal sv cakap, department wajibkan dua orang sv untuk seorang student PhD. Omoooo.. Seram sejuk jugak sebab ramai cakap 2 sv ni problem sikit.. Tapi redha jelahh.. Proceed dengan formal application yang perlukan:
1. Research Proposal (4-5 page je)
2. Personal Statement (Tulis la kenapa minat nak belajar kat sana n tulis nama bakal sv yg dh setuju)
3. Degree Certificates & Transcripts (Bachelor & Master)
4. IELTS/GCEO
5. Referee (2orang)
6. Passport yang expired lambat lagi
Alhamdulillah, tak sampai dua bulan unconditional offer letter pon dapat. Lancaster ni sangat cepat buat keje. Tanya apa-apa problem by emel, cepat je balas. Bagus betul!
Ada lecturer suggestkan pegi Australia untuk PhD ni.. Bukan taknak, tapi expert takde yg khusus dalam bidang yang nak kaji n lagi satu, uni dia sangat lembabbbb nak balas apa-apa emel. Application pon rumit.. Tambah pulak, PhD kat uni tu takde Viva Voce dan ambik masa minimum 4 tahun, maximum 6 tahun. Mak aihhh! Takut jugak sebenarnya. Tapi Lancaster pon takut jugak sebab minimum 3 tahun, maximum 4 tahun. Kalau tak abeh on time, dapat MPhil jela balik nanti. Nauzubillahiminzalik!
Moga Allah permudahkan setiap urusan. Risau jugak.. Duduk jauh, sorang2 kat negara orang untuk tempoh yang lama pulak tu. Moga Allah lembutkan hati sv berdua tu untuk terima segala kekuatan dan kekurangan diri ini.. Cewahhh, dah macam nak lembutkan hati mak mertua!
Alhamdulillah jugak sebab KPT dah luluskan. Lancaster ni tersenarai dalam top 200 world ranking Times Higher Education dan top 5 untuk bidang Sociology kat UK. Baru-baru ni pon Lancaster tersenarai dalam top 10 untuk ranking top 100 universities under 50 years old. Tapi kalau uni top macam mana pon, semuanya bergantung pada diri kita jugak. Moga makin rajin n tak banyak buang masa buat benda lagha. Ngehehe.. Moga dipermudahkanNya segala urusan. InshaAllah.
Wish me luck tau! :)
Friday, June 20, 2014
Lancaster Aku Datang! Part 1: RLKA USM
Assalamualaikum. Hai!
Niat tulis blog balik selepas 3 tahun tak menjengah ni, sebab nak tulis balik ape yang jadi sebelum fly ke Lancaster University. Niatnya bukan untuk riak, ujub mahupun takbur. Hanya nak share experience dan selebihnya memang niat nak simpan kenangan, ala-ala diari. Sebab diri ni makin pelupa. Maklumlah, dah nak masuk umur suku abad. Dah nak masuk ye.. Belum masuk lagi.. Baru 24 ok! Ngehehehe..
Sebenarnya excited nak tulis blog ni sebab selalu sangat blogwalking, nak tau step2 nak sambung study kat UK especially kat Lancaster n ape procedure untuk bebudak RLKA USM sebelum sambung study ni. Macam-macam benda dah baru sekarang ni. Semua nak kena upload email bagai. Selamat ada group facebook Felo/Tutor IPTA yang banyak tolong menjawab soalan-soalan dari budak baru belajar macam saya ni. Memang ada beberapa bloggers yang dah tulis macam2 steps and tips untuk sambung study ni, tapi macam susah nak cari yang betul2 latest punya post. Iyala, semua dah guna facebook, twitter, instagram. Sape yang nak post lagi kat blog kan. Ngehehe.. Makanya, wujudlah post ni.
Actually, saya dapat fellowship RLKA USM ni sejak bermulanya semester 2 master di UKM. Alhamdulillah, memang tak expect langsung untuk dapat. Iyalah, saya ni bukannya popular di kalangan pensyarah ke orang opis ke bebudak soc science ke. Memang senyap sikit n tak menyerlah. Saya tau pasal RLKA ni pon dari kawan, Tikah n Arin, dan saja try submit borang di RLKA USM sebelum final exam, final year kat USM. Memang isi borang sorang2, submit borang sorang2. Saja nak cuba-cuba, walaupun ramai cakap susah nak dapat. Lepas submit, baru cerita kat family. Alhamdulillah, 6 bulan lepas hantar document hardcopy sume kat pejabat dekan, saya dipanggil interview. Masa tu tengah semester 1 di UKM, dalam bulan November. Dan masa tu jugak dah dapat Mybrain15 dan Pinjaman Pelajaran Mara. Tapi sebabkan memang minat sangat nak jadi pensyarah, kononnya la kan, saya pon ponteng kelas n pegi la interview dengan mak n ayah. Ngehehe..
Al-kisahnya pada hari kejadian, masa saya sampai kat opis tu, nampak kak Jumie, nampak pulak candidate2 lain tengah menunggu, berdebar je rasa. Kemain la semangat bawak file segala bagai, siap dengan tesis masa degree lagi saya bawak. Ngehehe.. Sempat la bersembang dengan candidate2 lain. Ada yang kenal, kureng2 je nak tegur i nih. Yang baru kenal, peramah sungguh. Dan yang paling kelakor n tak sangka, Dr. Shariffah boleh tegur "ni Hafeeza kan?". Memang terkejut nak melompat, sebab sebenarnya tak kenal sangat muka Dr ni sebab dia lecturer baru masa final year dulu. Malu je kan.. Ngehehe.. Tengah sembang-sembang bagai, Mas, salah sorang yang baru lepas interview punya lah lama, keluar n cakap yang panel tanya sanggup tak nak sambung luar negara. Awok masa tu cuak le.. Yela UKM dah separuh jalan, takkan nak tinggal camtu je kan.. Tapi dalam hati, bes gila dapat sambung kat oversea!
Sampai la saat nama saya kena panggil masuk bilik interview. Dah la kena masuk berdua dengan sorang abang senior ni, dah tak ingat nama dia. Panel ada dalam 6 orang kot tak silap. Yang kenalnya 2 orang je, dekan dengan Dr. Azrina. Sekali interviewnya dalam 5 minit je. Tunggu nak dekat sejam, 5 minit je interview? Dah la berdua pulak tu interviewnya. Interview pon kenalkan diri je cakap omputih, yang lain semuanya bahasa melayu je. Panel tanya, nak specialize antropologi ke sosiologi. Sebab kat usm banyak belajar sosiologi, memang pilih sosiologi la. Dr. Azrina, my fav lecturer, pon setuju. Alhamdulillah. Lepas tanya lebih kurang gitu, makanya tamatlah sesi interview. Bila keluar bilik, orang lain tanya macam mana interview, saya pon blur tak tau nak explain macam mana. Mak ayah pun tanya, cakap jela 5 minit je mak ayah. Ntah le, dapat ke idakkkk..
Interview bulan November kan? Tetiba satu pagi yang hening, bersamaan 26 Januari 2012, saya dapat kol dari opis PPSK USM. Angkat kol dengan mamai2, akak tu cakap, "nak pos surat ni, alamat betul ke 14 jalan kaloi". Awok yang tengah mamun, tanya balik, surat ape kak? Pastu baru dia cakap, "Awak dapat RLKA ni, akak nak hantar surat tawaran ni.. Alamat betul kan?". Masa tu, rasa nak melompat! Segar je mata.. Ngahahaha.. Alhamdulillah.. Dalam ramai2 yang datang interview, saya dan Mas dapat fellowship ni. Lepas tu bermula la episod sebagai fellowship dengan elaun yang masyuk. Eh.. Tak semudah tu nak dapat elaun. Dekat 6 bulan jugak la kais pagi makan pagi, guna elaun FAMA, nana belanja makan minum duit asrama semua. Sebabnya, kena setel dengan Mara n Mybrain bayar balik semua, sebelum KPT bagi elaun SLAB nih. Uwaaaaaaaaa.. Ambik masa berbulan sebab tak tahu kena bayar balik semua, baru KPT masuk meeting. Lepas setel semua tu tunggu meeting KPT, bulan puasa takde meeting pulak. Macam-macam! Memang dugaan yang teramat! Tapi akhirnya KPT luluskan semua. Alhamdulillah.
Iktibar dari cerita ni, cewahhh, jangan cepat putus asa sebelum mencuba. Dulu memang tak expect nak dapat fellowship ni. Sebab tau diri ni tak popular mana, tak aktif sangat pun kat school, lecturer pon ramai tak kenal saye ni ha, orang opis lagi la tak kenal saya langsung, dekan, orang dalam ape ntah lagi. Tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, kalau kita berusaha, inshaAllah dipermudahkanNya segala urusan kita. Kena usaha, doa, tawakal dan sabar sabar sabar. Kenapa sabar tu tiga kali? Sebab banyak dugaan dan cabaran yang kita kena tempuh sebelum nak dapatkan sesuatu yang kita nak dan baik untuk kita. Hidup ni tak semuanya manis macam cotton candy. Ok? Alhamdulillah, hari ni bersamaan 20 Jun 2014, KPT dah approve untuk sambung study di Lancaster for my PhD. Bersangka baik dengan Allah dan sentiasa bersabar.
Never give up ok! :)
Thursday, June 19, 2014
kelakar
kelakar bila bukak balik blog ni.
baca balik apa yang aku tulis dulu-dulu.
sampai dah tak ingat post yang aku tulis tu sebab ape n untuk sape.
dah lama privatekan blog ni dari dibaca.
nak publickan balik, walaupun malu dengan ape yang dah pernah tulis.
manusia banyak kenangan manis, pahit.
bila lagi nak gelak dengan kenangan-kenangan lama.
peace! :)
baca balik apa yang aku tulis dulu-dulu.
sampai dah tak ingat post yang aku tulis tu sebab ape n untuk sape.
dah lama privatekan blog ni dari dibaca.
nak publickan balik, walaupun malu dengan ape yang dah pernah tulis.
manusia banyak kenangan manis, pahit.
bila lagi nak gelak dengan kenangan-kenangan lama.
peace! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)