Friday, June 20, 2014

Lancaster Aku Datang! Part 1: RLKA USM

Assalamualaikum. Hai!

Niat tulis blog balik selepas 3 tahun tak menjengah ni, sebab nak tulis balik ape yang jadi sebelum fly ke Lancaster University. Niatnya bukan untuk riak, ujub mahupun takbur. Hanya nak share experience dan selebihnya memang niat nak simpan kenangan, ala-ala diari. Sebab diri ni makin pelupa. Maklumlah, dah nak masuk umur suku abad. Dah nak masuk ye.. Belum masuk lagi.. Baru 24 ok! Ngehehehe.. 

Sebenarnya excited nak tulis blog ni sebab selalu sangat blogwalking, nak tau step2 nak sambung study kat UK especially kat Lancaster n ape procedure untuk bebudak RLKA USM sebelum sambung study ni. Macam-macam benda dah baru sekarang ni. Semua nak kena upload email bagai. Selamat ada group facebook Felo/Tutor IPTA yang banyak tolong menjawab soalan-soalan dari budak baru belajar macam saya ni. Memang ada beberapa bloggers yang dah tulis macam2 steps and tips untuk sambung study ni, tapi macam susah nak cari yang betul2 latest punya post. Iyala, semua dah guna facebook, twitter, instagram. Sape yang nak post lagi kat blog kan. Ngehehe.. Makanya, wujudlah post ni. 

Actually, saya dapat fellowship RLKA USM ni sejak bermulanya semester 2 master di UKM. Alhamdulillah, memang tak expect langsung untuk dapat. Iyalah, saya ni bukannya popular di kalangan pensyarah ke orang opis ke bebudak soc science ke. Memang senyap sikit n tak menyerlah. Saya tau pasal RLKA ni pon dari kawan, Tikah n Arin, dan saja try submit borang di RLKA USM sebelum final exam, final year kat USM. Memang isi borang sorang2, submit borang sorang2. Saja nak cuba-cuba, walaupun ramai cakap susah nak dapat. Lepas submit, baru cerita kat family. Alhamdulillah, 6 bulan lepas hantar document hardcopy sume kat pejabat dekan, saya dipanggil interview. Masa tu tengah semester 1 di UKM, dalam bulan November. Dan masa tu jugak dah dapat Mybrain15 dan Pinjaman Pelajaran Mara. Tapi sebabkan memang minat sangat nak jadi pensyarah, kononnya la kan, saya pon ponteng kelas n pegi la interview dengan mak n ayah. Ngehehe..

Al-kisahnya pada hari kejadian, masa saya sampai kat opis tu, nampak kak Jumie, nampak pulak candidate2 lain tengah menunggu, berdebar je rasa. Kemain la semangat bawak file segala bagai, siap dengan tesis masa degree lagi saya bawak. Ngehehe.. Sempat la bersembang dengan candidate2 lain. Ada yang kenal, kureng2 je nak tegur i nih. Yang baru kenal, peramah sungguh. Dan yang paling kelakor n tak sangka, Dr. Shariffah boleh tegur "ni Hafeeza kan?". Memang terkejut nak melompat, sebab sebenarnya tak kenal sangat muka Dr ni sebab dia lecturer baru masa final year dulu. Malu je kan.. Ngehehe.. Tengah sembang-sembang bagai, Mas, salah sorang yang baru lepas interview punya lah lama, keluar n cakap yang panel tanya sanggup tak nak sambung luar negara. Awok masa tu cuak le.. Yela UKM dah separuh jalan, takkan nak tinggal camtu je kan.. Tapi dalam hati, bes gila dapat sambung kat oversea! 

Sampai la saat nama saya kena panggil masuk bilik interview. Dah la kena masuk berdua dengan sorang abang senior ni, dah tak ingat nama dia. Panel ada dalam 6 orang kot tak silap. Yang kenalnya 2 orang je, dekan dengan Dr. Azrina. Sekali interviewnya dalam 5 minit je. Tunggu nak dekat sejam, 5 minit je interview? Dah la berdua pulak tu interviewnya. Interview pon kenalkan diri je cakap omputih, yang lain semuanya bahasa melayu je. Panel tanya, nak specialize antropologi ke sosiologi. Sebab kat usm banyak belajar sosiologi, memang pilih sosiologi la. Dr. Azrina, my fav lecturer, pon setuju. Alhamdulillah. Lepas tanya lebih kurang gitu, makanya tamatlah sesi interview. Bila keluar bilik, orang lain tanya macam mana interview, saya pon blur tak tau nak explain macam mana. Mak ayah pun tanya, cakap jela 5 minit je mak ayah. Ntah le, dapat ke idakkkk..

Interview bulan November kan? Tetiba satu pagi yang hening, bersamaan 26 Januari 2012, saya dapat kol dari opis PPSK USM. Angkat kol dengan mamai2, akak tu cakap, "nak pos surat ni, alamat betul ke 14 jalan kaloi". Awok yang tengah mamun, tanya balik, surat ape kak? Pastu baru dia cakap, "Awak dapat RLKA ni, akak nak hantar surat tawaran ni.. Alamat betul kan?". Masa tu, rasa nak melompat! Segar je mata.. Ngahahaha.. Alhamdulillah.. Dalam ramai2 yang datang interview, saya dan Mas dapat fellowship ni. Lepas tu bermula la episod sebagai fellowship dengan elaun yang masyuk. Eh.. Tak semudah tu nak dapat elaun. Dekat 6 bulan jugak la kais pagi makan pagi, guna elaun FAMA, nana belanja makan minum duit asrama semua. Sebabnya, kena setel dengan Mara n Mybrain bayar balik semua, sebelum KPT bagi elaun SLAB nih. Uwaaaaaaaaa.. Ambik masa berbulan sebab tak tahu kena bayar balik semua, baru KPT masuk meeting. Lepas setel semua tu tunggu meeting KPT, bulan puasa takde meeting pulak. Macam-macam! Memang dugaan yang teramat! Tapi akhirnya KPT luluskan semua. Alhamdulillah.

Iktibar dari cerita ni, cewahhh, jangan cepat putus asa sebelum mencuba. Dulu memang tak expect nak dapat fellowship ni. Sebab tau diri ni tak popular mana, tak aktif sangat pun kat school, lecturer pon ramai tak kenal saye ni ha, orang opis lagi la tak kenal saya langsung, dekan, orang dalam ape ntah lagi. Tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, kalau kita berusaha, inshaAllah dipermudahkanNya segala urusan kita.  Kena usaha, doa, tawakal dan sabar sabar sabar. Kenapa sabar tu tiga kali? Sebab banyak dugaan dan cabaran yang kita kena tempuh sebelum nak dapatkan sesuatu yang kita nak dan baik untuk kita. Hidup ni tak semuanya manis macam cotton candy. Ok? Alhamdulillah, hari ni bersamaan 20 Jun 2014, KPT dah approve untuk sambung study di Lancaster for my PhD. Bersangka baik dengan Allah dan sentiasa bersabar.

Never give up ok! :)


No comments: