Monday, August 18, 2014

Lancaster Aku Datang! Part 3: UK VISA

Assalamualaikum and Hi!

Lepas setel isi borang perjanjian KPM, saya n kawan2 yang nak fly semua kalut nak buat visa ni. Mood raya pon boleh kacau bila hari-hari dok mengadap laman web visa ni.. Tapi sebenarnya nak buat visa ni bukan susah pon. Cuma sebab haritu ada agent dari GEN Education call cakap nak tolong bagi panduan permohonan visa ni dengan FREE, makanya saya pon guna jela bantuan yang ada. Sebelum mula buat permohonan semua, pastikan semua dokumen dah ada siap2. Dokumen tu termasuklah passport baru n passport2 lama, CAS,  financial affidavit dari KPM dan alamat, emel n no telefon uni. First step, kena la register account dengan UK VISA ni. Untuk kes saya yang ditaja oleh USM & KPM, saya pilih:

Category: PBS TIER 4 STUDENT
Type: TIER 4 (GENERAL)(SPONSORED) STUDENT

Lepas tu, isi details tentang diri n jawab semua soalan yg ada dengan jujur. Disebabkan saya pergi sesorang tak bawak family, kurang la sikit benda nk diisi.. Abang-akak yang bawak family, kena la isi nama2 dependant iaitu suami/isteri n anak2 yang nak ikut sama. Apa yang nak diisi, saya pon tak pasti. Hehehe.. Yang penting kena isi alamat uni betul2 n isi mengikut CAS. Sponsor tu bukan scholarship tau! Sponsor tu adalah universiti yang kita nak pergi tu. Ramai jugak yang tersilap tentang ni. Bila dia tanya financial sponsor baru la tulis penaja kita iaitu Ministry of Education, Malaysia. Points pulak adalah seperti berikut:

CONFIRMATION OF ACCEPTANCE FOR STUDIES : 30
MAINTENANCE : 10
TOTAL : 40

Lepas setel isi semua ni, cek balik n submit. Lepas tu buat bayaran online guna credit card or debit card. Awal2 tu agent yang tolong saya ni cakap tak boleh guna debit card. Disebabkan saya n family memang anti credit card n xpernah ada pon credit card ni, saya dengan konfidennya try bayar guna debit card Bank Islam. Alhamdulillah, lepas n tak ada masalah. UK Visa Fee ni adalah bernilai USD530.00. Lepas dah dapat emel confirmation bayaran, book appointment and print borang permohonan. Appointment ni bukannya ada interview ke ape. Toksah la tertipu.. Ngehehe.. Appointment ni just untuk submit borang permohonan yang kita dah print and sign, lepas tu buat biometrik. Mula2 sampai Wisma MCA tu, kena naik tingkat 2 untuk disemak borang2 yang ada, lepas tu baru naik tingkat 9 n tunggu no giliran untuk submit borang. Then, kena tunggu lagi untuk biometrik. Biometrik ni kena masuk dalam 1 bilik, kena pandang camera CCTV kejap n buat pengesahan kesepuluh-sepuluh jari. Lepas tu officer tu akan tangkap gambar kita. Saya ingat gambar ni tak penting, rupa2nya dalam visa guna gambar ni.. Kalau tau, dah pakai cecantik dah aritu! Tapi tangkap gambar tak boleh senyum. Sampai kena marah dengan officer tu sebab senyum menyengih. Adoila.. Muka dah macam cekodok penyek dalam visa tu. Appointment ni dalam masa sejam hingga dua jam boleh setel, bergantung pada keadaan orang pada waktu tu. Lepas dah setel appointment, balik la rumah n tunggu emel dari Manila yang cakap dah siap n emel dari KL yang cakap passport n visa dah sampai di centre iaitu di Wisma MCA Jalan Ampang. Boleh la amik atau mintak dorang poskan. Saya mintak agent collect and poskan for FREE! Hari ni sampai, esok paginya dah sampai kat tangan. 

Alhamdulillah. DipermudahkanNya urusan visa ni. Next, kenduri n kemas barang! ;)

6 comments:

nadirah ishak said...

Salam Hafeeza,
Sy nk tnya skit psl visa fee. Visa Fee tu leh claim balik kat usm or kpm ke? sy pun dak rlka usm. Hrp leh bantu psl visa ni.

TQ!

♥ mArumAru ♥ said...

wslm.. bolehhhh.. just forward emel payment dari uk visa ni kat kpm.. passport pon boleh claim tau! bagi je resit kat kpm.. 😁😁😁

nadirah ishak said...

tq for your reply. hafeeza de simpan lg contact details agent yd tlg wat visa uk ni x?

♥ mArumAru ♥ said...

ada simpan emel je awk.. connie@gen-education.com 😁😁😁

Unknown said...

As salam nak tanya sikit...kalau passport la dh x de...cuma ada passport baru je...tak pe ke..

Unknown said...

As salam nak tanya sikit...kalau passport la dh x de...cuma ada passport baru je...tak pe ke..