Friday, December 31, 2010

rongak dan cantek!



aku suke makan gula-gula
ade mase makan gula-gula banyak sangat
sampai gigi rongak..
ade mase tak makan gula-gula langsung
sampai gigi cantek berseri!
gula-gula ni
ade yang manis sangat
ade yang masam sangat
ade yang pahit sangat
ade yang rasa macam takde rase
tawor melesyor je
macam tu jugak la ape yg jadi kat aku tahun ni..
tapi nak wat macam mane
banyak yang pahit dari yg manis..
tapi watpe nak igt yg pahit bila kita gembira dengan yg manis..

tahun 2010
wat aku kenal erti "sahabat"
siapa sahabat yang sebenarnya
siapa yang mengaku dirinya sahabat tapi berperangai sampah
minta dipuji sahabat sejati
sebaliknya dia yang mengeji
owhhh stop it dear
kau tak layak bergelar sahabat
kau hanya orang biasa pada aku
dan yang pasti
Allah maha mengetahui

tahun 2010
wat aku kenal erti "cinta"
cinta yang palsu
cinta yang tulus dari hati
mungkin aku terlalu berani mencuba
sampai menyakitkan jiwa
dan membuat orang lain mengata
Alhamdulillah cubaan kali ini membahagiakan
semoga berkekalan selama-lamanya
sebab aku bukan orang yang tak setia
kepada yang tak tahu apa-apa
jangan sibuk nak jual cerita!

tahun 2010
wat aku kenal erti "permusuhan"
tak tahu apa yang nak didengkikan
dengkikan kebahagiaaan
sedangkan dulu dia yang menyakitkan
aku tak pandai membenci
tahniah, kau dah buat aku pandai membenci
bawaklah beringat
Allah itu maha adil
kepada mereka yang teraniaya

tahun 2010
wat aku kenal erti "kejayaan"
alhamdulillah atas rezeki yang diberi
mudah-mudahan diberikan rezeki yang sama sekali lagi
mudah-mudahan bergraduasi dengan cemerlang
usaha, doa dan tawakal
jangan berdoa untuk kegagalan orang lain
kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi
hari ini mulut mengeji
hari esok kita yang dikeji

terima kasih sahabat
terima kasih cinta
terima kasih permusuhan
terima kasih kejayaan

kerana mencorakkan manis dan pahit selama setahun ni
tutup buku lama, bukak buku baru
selamat datang 2011, selamat datang kegembiraan dan kebahagiaan :)

p/s: kepada yang berhutang dengan saya sila pulangkan ye.. i need my money back!

No comments: